Wangi-wangian adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)
Rasulullah
SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci
bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi
SAW, iaitu Anas bin Malik r.a, Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)
Sejarah MINYAK WANGI
Berasal
dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat
sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan
untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak
sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan
asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk. Setelah
itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses
secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di
dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu
diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar
alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang
berbeza-beza.
APA ITU EDC, EDT, EDP Perfume
• Eau de Cologne (EDC)
Ini
merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya
paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi.
Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila
selesai mandi.
• Eau de Toilette (EDT)
Wangian
ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga
tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar pewanginya
hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh
bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling
ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan
hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.
• Eau de Perfume (EDP)
Wanginya
cukup tahan lama hingga 4-6 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar
alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus.
Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih
sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara rasmi.
• Perfume
Dari
semua jenis wangian, jenis ini dia yang paling bertahan lama sehingga
6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol.
Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis wangian ini kerana wanginya
sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.
Perlu ada beza di antara minyak wangi wanita dengan minyak wangi lelaki.
•
Disunatkan lelaki memakai
berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis
daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu
2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad
dan Baghawi)
Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1.
Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad,
Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi
warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata
warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
•
Di luar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita
memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh
orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak
wangi sehingga dihidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada
sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka
wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila
dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehingga dihidu oleh orang
sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga
menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.
•
Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang
semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas
r.a menceritakan :
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa
jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih
Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).
Makruh menolak pemberian wangian
Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan
sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam
hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari).
Nabi s.a.w bersabda:
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)
Hukum Memakai Minyak Wangi dan Minyak Rambut Beralkohol
ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK WANGI DAN MINYAK RAMBUT YANG MENGANDUNGI ALKOHOL??
Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat
sembahyang. Oleh kerana itu tidak akan diterima sembahyang seorang
muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang
digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan
sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh
badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya
tidak sah.
Pengertian alkohol :
Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas
dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.
i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)
Cara ini merupakan cara menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.
ii.Sintetik
atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber
semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil
(hydration of ethylene). (The New Websters Encyclopedic Dictionary Of
The English Language: 17)
Kenajisan arak :
Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam-Imam mazhab
yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie˜i, Imam
Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis
berdasarkan firman Allah s.w.t.
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang
beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib
dengan batang batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya. (Surah al-Maidah ayat 90)
Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol
yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana
alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga
hukumnya.
Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari
sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu
bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai
contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi
alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak
memabukkan.
Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram.
Adapun alkohol yang dihasilkan
melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana
sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti
sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana
tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.
Imam
an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah
setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair. Maksudnya setiap yang
memabukkan lagi cair.
Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam
an-Nawawi rahimahullah di atas berkata: "(Tiap-tiap yang memabukkan)
ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian
itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan
di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal.
Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi: (Cecair) itu seperti arak
dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak)
yang diambil selain daripada anggur. Dengan ini, dapat disimpulkan
bahawa setiap arak mengandungi alkohol, tetapi tidak semua alkohol
berasal daripada arak.
•
Alkohol
yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas
haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi
atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak
adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang
syar’i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah:
"Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan
pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar’i)"
Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak
wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada
arak kerana ia adalah najis.
•
Alkohol
sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya
kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Bagaimanapun
minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan
melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus
menggunakannya, kerana ia bukan najis.
Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi
atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui
sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.
Oleh
itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang
mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia
adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi
atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui
sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana
ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.
Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol
yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil
daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam
adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya.
Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut
yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan
kita
Minyak Wangi Kasturi
Di
antara minyak wangi yang paling disukai oleh orang Islam ialah minyak
wangi kasturi, dan ia juga biasa digunakan sebagai perisai untuk
mempertahankan diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus selain
daripada untuk menikmati kewangiannya.
Allah
menyebut wangian kasturi ini dalam kitab suci al-Quran. Dalam Surah
Al-Mutaffifin Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti
[dengan taat dan amal kebajikan], tetap berada dalam Syurga yang penuh
nikmat. Mereka berihat di atas pelamin-pelamin [yang berhias], sambil
melihat [segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di
situ]. Engkau dapat melihat pada muka mereka:cahaya nikmat yang mereka
perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai
bekasnya. Meterainya kasturi;- dan untuk [nikmat kesenangan] itulah
hendaknya berlumba-lumba mereka yang merebut kelebihan dan kesenangan”.
Al-Mtaffifin:22-26.
Baginda Rasulullah S.A.W. juga menggemari minyak wangi kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”. HR:Muslim.
Biasanya wangian kasturi ini diperolehi daripada sejenis musang jebat yang dipanggil musang kasturi [rase].
Selain itu ada sejenis pokok yang batangnya berbau wangi, iaitu kuay kasturi.
Khasiat Minyak Kasturi
Minyak kasturi memang mempunyai banyak guna. Ini adalah hasil kajian
yang dijalankan oleh ilmuan-ilmuan Islam, terutama Imam Ibnu Qayyim
Al-Jauziyya r.a. Antara khasiatnya mengikut MUTIARA HIJRAH ialah:
1.Memberi kekuatan kepada roh.
2.Menenagkan jiwa [hati].
3.Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
4.Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
5.Menghilangkan debaran jantung.
6.Menghilangkan sesak nafas.
7.Melegakan lelah [asma].
8.Menyedarkan orang yang pengsan.
9.Memperkuatkan organ [anggota] luaran.
10.Memperkuatkan organ dalam tubuh.
11.Menghilangkan kegementaran tubuh.
12.Menghilangkan sejuk tubuh.
13.Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.
14.Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.
15.Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.
16.Menjernihkan mata putih pada mata.
17.Berfungsi memelihara kesihatan secara menyeluruh.
18.Menghindarkan wabak penyakit.
19.Dapat melanjutkan usia.
20.Meredhakan Allah, disukai para malaikat dan orang-orang soleh, sebaliknya dapat mengusir syaitan dan kuncu-kuncunya.
(sesungguhnya segala ilmu & rahsia itu milik Allah)